Tips Membaca Buku oleh Naval Ravikant

1–2 minutes

Naval Ravikant ialah seorang angel investor dan ahli falsafah moden yang suka untuk “decode” perkara kompleks untuk difahami oleh kebanyakan orang.

Beliau sentiasa membaca selama 1-2 jam sehari dan menyatakan itulah punca utama beliau berjaya.

Ini ada beberapa tips membaca buku daripada beliau:

1/ Baca perkara yang korang suka sampai korang suka membaca

2/ Membaca buku bukan sebuah perlumbaan. Buku yang baik memerlukan masa untuk dibaca.

3/ Membeli buku bukan sebuah kerugian tetapi adalah pelaburan masa hadapan.

4/ Buku yang baik perlu dibaca berkali-kali.

5/ Baca untuk merungkai persoalaan yang bermain di ruang minda kita. Bukan untuk “impress” orang lain.

6/ Sekiranya bab pertama sesebuah buku gagal nak kekalkan kita untuk bab seterusnya, berhenti baca buku tersebut atau terus “skip” ke bab seterusnya.

7/ Baca buku klasik. Sekiranya nak memahami “evolution”, jangan bermula dengan Richard Dawkins, tetapi mulalah dengan Charles Darwin.

8/ Mula anggap baca buku umpama membaca “blog post”. Okay je kalau tak habis pun.

9/ Baca 1-2 jam sehari.

10/ Baca buku, avoid news dan media social.

Leave a comment