Hidup di dunia tak selalunya indah. Pasti akan berlaku kesukaran dalam hari-hari yang mendatang.
Ini adalah 5 cara untuk mencari ketenangan di saat menghadapi kesusahan.
1/ Berhenti tengok dan baca berita.
Epictetus pernah menyatakan “kita adalah product daripada apa yang kita fokuskan”. Tak ada masalah pun kalau kita tak tahu isu semasa dengan secepat yang mungkin.
2/ Membaca buku.
Ambil masa untuk membaca sebanyak mungkin. Baca kemudian berfikir tentang idea-idea yang disampaikan. Membaca akan menenangkan diri kita.
3/ Menulis jurnal
Terkadang emosi kita perlu diluahkan atas kertas. Tulis apa yang kita rasa. Kertas mampu menunggu kita dan lebih sabar daripada manusia. Menulis atasnya akan melepaskan segala apa yang ada pada minda kita.
4/ Berjalan atau berlari.
Berjalan dan berlari umpama sejenis meditasi yang memberikan ketenangan kita daripada berfikir tentang perkara lain melainkan aktiviti yang kita tengah lakukan.
5/ Bina rutin.
Apabila hidup kita dalam keadaan cacamerba, mempunyai struktur dalam kehidupan seharian akan membantu kita melakukan perkara yang sepatutnya pada waktu tertentu.
Leave a comment