Zetteklasten method ialah salah satu cara menulis nota yang dipopularkan oleh seorang sociologist bernama Niklas Luhmann. Luhman terlah menghasilkan ratusan buku dan artikel dengan hanya menggunakan zettelkkasten method ini. Mengikut Luhmann, otak kita tidak berfikir secara linear dan terkadang, sesuatu maklumat itu berhubung dengan maklumat yang lain. Dalam zettelkasten metod ini, nota dibahagikan kepada tiga jenis:
Fleeting Notes
Fleeting notes ialah idea yang tiba-tiba muncul dalam fikiran kita. Selalunya bila kita terfikir sesuatu, kita tak akan menulis dan kemudian idea tersebut akan hilang. Segala apa idea yang datang daripada fikiran kita sebenarnya perlu ditulis dan direkod sebaik mungkin.
Literature Notes
Literature notes ialah nota daripada bahan pembacaan kita seperti buku, artikel atau juga video yang kita consume. Kesemua ini perlu dijadikan literature notes di mana kita perlu menulis kembali apa yang kita fahami terhadap bahan bacaan tersebut.
Permanent Notes
Dengan adanya fleeting dan literature notes, kita sepatutnya boleh lihat hubung kait antara mereka dan daripada situ akan terhasilnya new insight yang dinamakan permanent notes. Permanent notes ialah nota yang telah diproses daripada nota-nota kita tadi dan merupakan stand alone idea.
Melalui permanent notes inilah terhasil penulisan-penulisan hebat dan sebenarnya mempercepatkan writing process kita.