Cara nak “overhaul” hidup korang

1–2 minutes

Cara nak “overhaul” hidup korang

Korang tak tahu nak buat apa dengan hidup?

Banyak masa tapi habis dengan tengok netflix dan youtube?

Hidup terasa membosankan..malas nak buat apa-apa..

Jawapannya, korang kena overhaul hidup korang!

Ni sebenarnya konsep “deep life” yang cuba dipopularkan oleh Carl Newport (penulis buku deep work).

Ada 4 kategori penting yang korang kena fokus untuk bina deep life ni.

Craft

Kebanyakan daripada kita bekerja dari 8 pagi sehingga 5 petang dan sudah pasti, kita terlibat dalam menghasilkan kerja seperti report, produk ataupun idea sekalipun.

Idea Carl Newport ialah untuk jadi pekerja yang ada “career capital” (rare and valuable skills) dan sentiasa menghasilkan hasil kerja melebihi “expectation” ataupun 120%!

Dengan menghasilkan kerja yang berkualiti, ia secara tidak langsung membina “satisfaction” dalam hidup kita. Sudah tentu, deep work adalah elemen penting dalam menghasilkan kerja yang power ni.

Satu kata kunci, produce high quality work!

Community

Elemen yang kedua ialah Community. Asasnya, kita merupakan manusia yang perlu hidup bersosial dengan masyarakat.

Sama ada dengan komuniti masjid ataupun apa sahaja komuniti, pastikan kita terlibat dan menyumbang sesuatu yang bermanfaat.

Dengan keterlibatan kita bersama komuniti melalui sumbangan-sumbangan yang diberikan, ia akan menjadikan kita manusia yang sentiasa bahagia.

Boleh baca artikel berkenaan “altruism“:

Constitution

Constitution ialah kategori berkaitan fizikal tubuh badan kita.

Tanya diri korang sejauh manakah kita menjaga kesihatan kita daripada sudut makanan dan exercise untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa dapat beroperasi pada tahap optimum.

Tiga perkara yang penting ialah jaga pemakanan, regular exercise dan tidur yang cukup.

Contemplate

Elemen yang terakhir untuk membina deep life adalah contemplate.

Yang dimaksudkan dengan contemplate ialah dengan hidup yang penuh dengan pembacaan dan penaakulan terhadap bahan yang “deep” seperti religiuos text (Al-quran, kitab2 hadis, kitab2 ulama’) dan buku-buku falsafah.

Pembacaan terhadap subjek-subjek begini akan menghasilkan hidup yang lebih “deep” dan dalam masa yang sama, menjadikan kita manusia yang lebih tenang.

Cuba dulu fokus satu habit pada setiap elemen ini dan terus lakukan pada tempoh yang lama. 

InshaAllah, akan ada perubahan yang bakal kita nampak dalam hidup.

Selamat mencuba guys!

Leave a comment